Saturday, 19 April 2014
Wednesday, 16 April 2014
Khasiat Buah Tembikai
Di Kafe Selera Selasih
ada dijual buah tembikai potong dan jus tembikai.
Sesungguhnya buah tembikai ini banyak khasiatnya.
Sesungguhnya buah tembikai ini banyak khasiatnya.
Pakar pemakanan
mendapati buah tembikai mempunyai paras vitamin A, vitamin B6 dan Vitamin C
yang tinggi.
- Vitamin A dalam buah tembikai
amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun
malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes
dari jangkitan kuman.
- Vitamin B6 menolong sistem
imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf
dan bentuk sel darah merah.
- Vitamin C mampu meningkatkan
tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan
melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses
tua seperti katarak.
- Buah tembikai mengandungi
sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam
keseimbangan air dan wujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah
menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang.
Buah
Tembikai atau Semangka pada Istilah arab disebut sebagai “Al-biththikh” adalah Buah Kesukaan Rasulullah s.a.w selepas
Buah Labu, Buah Tembikai juga merupakan salah satu buah dari saudara
serumpun dengan Buah Labu.
Rasulullah sangat
meraikan Buah tembikai, Buah ini menjadi Sunnah Baginda Junjungan Rasulullah
s.a.w selepas Kurma.
Rasulullah sangat
menyukai dan memberkati Buah Tembikai dan menganjurkan Para Sahabat agar
memakan Buah Tembikai bersama Kurma. inilah antara Sunnah Rasulullah s.a.w yang
ditinggalkan baginda kepada umatnya sehingga hari kebangkitan (Kiamat).
HADIS MENGENAI KEUTAMAAN BUAH TEMBIKAI
Sangat Banyak Hadis
Rasulullah s.a.w menceritakan keutamaan Buah Tembikai dan khasiat kepada
Umatnya, antaranya ialah:
Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya
akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."
Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semangka (Tembikai) adalah makanan, minuman dan raihan
(tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air
punggung, membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.”
(Kitab Ath-Thibbun Nabawi)
Sabda Rasulullah SAW.
Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana didalamnya ada
kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai
pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang,
menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”
Dari ‘Aisyah R.A, ia berkata, "Nabi s.a.w menyukai
makanan-makanan manis dan madu."
(Shahih Bukhari : 5614)
Dari Aisyah R.A, ”Rasulullah s.a.w pernah makan al-biththih
dengan kurma segar, seraya bersabda,
“Kami memadam panas kurma ini dengan dinginnya “Al-biththih” ini
dengan panasnya kurma ini.”
Aisyah R.A menceritakan bahwa : Rasulullah SAW suka makan
Semangka dan Rutob.
(HR. Abu Dawud dan al Tirmidzi)
Menurut riwayat Aisyah r.a,
dulu Rasulullah Saw biasa menyantap semangka dengan kurma masak,
(HR Abu Daud dan Al-Tirmizi).
Abu Daud menambahkan dalam riwayatnya bahawa Rasulullah Saw pernah
bersabda:
"Panasnya buah ini (kurma), kita seimbangkan dengan
dinginnya buah ini (semangka).
(Hadis ini disahihkan oleh Al-Suyuthi dan Al-Arnauth)
Rasulullah pernah makan tembikai dengan rutob dan bersabda “kita
pecahkan panas ini dengan sejuknya ini., dan sejuknya ini dengan panasnya
ini
“salah satu buah itu bersifat panas, satu lagi
sejuk”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
Bahwa Rasulullah s.a.w pernah makan buah tembikai dicampur
dengan Kurma muda yang sudah masak lalu Baginda bersabda:
“Panas dibuah ini dineutralkan oleh unsur dingin di buah ini.”
(H.R Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Disebutkan pula oleh Al-Thabrani dalam kitab Al-Mu`jam Al-Ausath
dan juga Al-Hakim bahawa Anas r.a. menuturkan, Rasulullah Saw mengambil
kurma masak itu dengan tangan kanan dan semangka dengan tangan kiri. Beliau
lalu menyantap kurma dan juga semangka, yang merupakan buah yang paling beliau
sukai.
(Hadis ini disahihkan oleh Al-Suyuthi)
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah
SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini
adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah
dan kemanisannya dari syurga.”
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan
bersabda:
"Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah
tembikai ini".
Kemudian bangun Sayidina Ali k.w.j r.a bangun mendapatkan
beberapa buah tembikai tambahan, Rasulullah SAW dan sahabat terus
memakannya.
Kemudian baginda bersabda lagi yang bermaksud:
“Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita,
yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan
umatku
dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.”
Ibnu Al-Qayyim berpendapat bahwa yang
dimaksudkan dengan "Al-biththikh"
(Semangka-Tembikai) di dalam hadis Rasulullah s.a.w adalah semangka berkulit
hijau.
Abu Mishar al-Ghassani
R.H berkata:
“Ayahku apabila membeli
semangka suka berkata, wahai anakku hitunglah garis yang ada di dalamnya, jika
satu maka dia diciptakan untuk menjadi manis.”(Kitab Thibbun Nabawi)
Kesimpulan
Marilah kita beristiqomah mengamalkan sunnah Rasulullah ini.Walaubagaimanapun makanlah secara sederhana jangan berlebih-lebihan.
Sahabat Abdullah bin Amr bin
al-’Ash, menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, “Makan, minum, bersedekah dan
berpakaianlah asal tidak engkau tidak bersikap angkuh dan berlebih-lebihan.”
(HR. Ahmad, An-Nasa’i dan oleh Al-Albani dinyatakan sebagai hadits hasan)
Subscribe to:
Posts (Atom)