Wednesday, 16 April 2014

Khasiat Buah Tembikai


Di Kafe Selera Selasih ada dijual buah tembikai potong dan jus tembikai. 

Sesungguhnya buah tembikai ini banyak khasiatnya.




 
Pakar pemakanan mendapati buah tembikai mempunyai paras vitamin A, vitamin B6 dan Vitamin C yang tinggi.
  • Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.
  • Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
  • Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.
  • Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan wujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang.


Buah Tembikai atau Semangka pada Istilah arab disebut sebagai “Al-biththikh” adalah Buah Kesukaan Rasulullah s.a.w selepas Buah Labu, Buah Tembikai juga merupakan salah satu buah dari saudara serumpun dengan Buah Labu.

Rasulullah sangat meraikan Buah tembikai, Buah ini menjadi Sunnah Baginda Junjungan Rasulullah s.a.w selepas Kurma.

Rasulullah sangat menyukai dan memberkati Buah Tembikai dan menganjurkan Para Sahabat agar memakan Buah Tembikai bersama Kurma. inilah antara Sunnah Rasulullah s.a.w yang ditinggalkan baginda kepada umatnya sehingga hari kebangkitan (Kiamat).

HADIS MENGENAI KEUTAMAAN BUAH TEMBIKAI

Sangat Banyak Hadis Rasulullah s.a.w menceritakan keutamaan Buah Tembikai dan khasiat kepada Umatnya, antaranya ialah:

Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."

Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Semangka (Tembikai)  adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung,  membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)

Sabda Rasulullah SAW.
Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”

Dari ‘Aisyah R.A, ia berkata,  "Nabi s.a.w menyukai makanan-makanan manis dan madu."

(Shahih Bukhari : 5614)

 Dari Aisyah R.A, ”Rasulullah s.a.w pernah makan al-biththih dengan kurma segar, seraya bersabda,
“Kami memadam panas kurma ini dengan dinginnya “Al-biththih” ini dengan panasnya kurma ini.”

Aisyah R.A menceritakan bahwa : Rasulullah SAW suka makan Semangka dan Rutob.
(HR. Abu Dawud dan al Tirmidzi)

Menurut riwayat Aisyah r.a,  
dulu Rasulullah Saw biasa menyantap semangka dengan kurma masak,
(HR Abu Daud dan Al-Tirmizi). 

Abu Daud menambahkan dalam riwayatnya bahawa Rasulullah Saw pernah bersabda: 
"Panasnya buah ini (kurma), kita seimbangkan dengan dinginnya buah ini (semangka).
(Hadis ini disahihkan oleh Al-Suyuthi dan Al-Arnauth)

Rasulullah pernah makan tembikai dengan rutob dan bersabda “kita pecahkan panas ini dengan sejuknya ini., dan sejuknya ini dengan  panasnya ini
 “salah satu buah itu bersifat panas, satu lagi sejuk”. 
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

Bahwa Rasulullah s.a.w pernah makan buah tembikai dicampur dengan Kurma muda yang sudah masak lalu Baginda bersabda:
“Panas dibuah ini dineutralkan oleh unsur dingin di buah ini.”
(H.R Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Disebutkan pula oleh Al-Thabrani dalam kitab Al-Mu`jam Al-Ausath dan juga Al-Hakim bahawa Anas r.a. menuturkan,  Rasulullah Saw mengambil kurma masak itu dengan tangan kanan dan semangka dengan tangan kiri. Beliau lalu menyantap kurma dan juga semangka, yang merupakan buah yang paling beliau sukai. 
(Hadis ini disahihkan oleh Al-Suyuthi)
  
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.”

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: 
"Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". 
Kemudian bangun Sayidina Ali k.w.j r.a bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan, Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya. 
Kemudian baginda bersabda lagi yang bermaksud: 
“Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku 
dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.”

Ibnu Al-Qayyim berpendapat bahwa yang dimaksudkan dengan "Al-biththikh" (Semangka-Tembikai) di dalam hadis Rasulullah s.a.w adalah semangka berkulit hijau.

Abu Mishar al-Ghassani R.H berkata:

“Ayahku apabila membeli semangka suka berkata, wahai anakku hitunglah garis yang ada di dalamnya, jika satu maka dia diciptakan untuk menjadi manis.”(Kitab Thibbun Nabawi)

Kesimpulan 
Marilah kita beristiqomah mengamalkan sunnah Rasulullah ini.Walaubagaimanapun makanlah secara sederhana  jangan berlebih-lebihan. 


Sahabat Abdullah bin Amr bin al-’Ash, menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, “Makan, minum, bersedekah dan berpakaianlah asal tidak engkau tidak bersikap angkuh dan berlebih-lebihan.” (HR. Ahmad, An-Nasa’i dan oleh Al-Albani dinyatakan sebagai hadits hasan)

1 comment:

  1. Casino Roll
    Casino Roll - Full Review of the Game Selection & Software 우리 바카라 — Casino Roll kadangpintar is a unique game provider that can be 김뿡 얼굴 found here. We recommend titanium wire you to take Types of sporting100 games: Slots, Blackjack, Roulette, Video Max Jackpot: 70000x

    ReplyDelete