Setiap kali sebelum menjamah makanan adalah dinasihat agar kita
sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat kuman pada
permukaan kulit yang boleh menyebabkan kita dijangkiti pelbagai penyakit. Kuman
boleh disebarkan melalui tangan yang kotor dan percikan ludah iaitu ketika batuk
atau bersin.
Jangan memandang ringan terhadap keperluan untuk membasuh tangan.
Membasuh tangan bukan sahaja ketika kita ingin makan, tetapi juga ketika kita
memasak, mengemas rumah, selepas melakukan kegiatan di luar rumah seperti
beriadah, bersenam, berkebun dan juga bermain. Membasuh tangan juga bukan
sekadar membasahi tangan dengan air malah terdapat cara mencuci dengan betul.
Cucilah tangan dengan menggunakan sabun. Jika
perlu, cucilah tangan dengan air yang sedikit hangat kerana air hangat dapat
membunuh kuman. Cucilah seluruh bahagian tangan seperti celah-celah jari, di
bawah kuku hingga ke siku. Kemudian bilas dan keringkan dengan tuala kering
yang bersih. Ini merupakan cara termudah agar tubuh badan sentiasa sihat dan
cergas, amalkanlah membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memasukkan sebarang
makanan ke dalam mulut.
No comments:
Post a Comment