Saturday, 15 March 2014

PERINGATAN BUAT SEMUA.....



JANGAN LAKUKAN INI!!!

Perkara yang tidak sesuai ditonjolkan semasa makan untuk semua kerana ianya bukan etika makan yang betul.

1)    Gelojoh
 Anda makan bagaikan sudah sebulan tidak berjumpa makanan.  Anda terkejar-kejar menghabiskan makanan itu, seolah-olah ada pertandingan yang harus ditamatkan.  Sudahlah gelojoh, berbunyi-bunyi pula bagaikan itik menyudu.
Makanlah perlahan-lahan.  Kunyah perlahan-lahan agar makanan mudah dihadam.  Suap satu persatu.  Setelah habis satu suapan, baru anda susuli dengan suapan kedua

2)    Makan bersepah
Biasanya kalau ada lauk ayam atau ikan, selesai makan, tulang-tulang lauk akan bertaburan di sisi meja.
Jika anda mahu meletakkan sisa-sisa makanan itu, ambil satu lagi pinggan kecil, dan letaklah semua sisa di dalamnya.  Orang yang mengemas meja pun akan rasa senang hati!

3)    Sendawa dengan kuat
Burpppppppppp.Percayalah, tidak ada orang yang mahu aroma dari perut anda itu didengari dan dikongsi, apatah lagi jika anda baru sahaja makan jering dan tempoyak atau durian! Seandainya anda memang tidak mampu menahan sedawa itu, tutup mulut untuk mengurangkan bunyinya.  Selepas itu, minta maaf, ucapakan “maafkan saya” @ excuse me! 

4)    Kentut
Janganlah suka-suka hati membuang angin selepas makan. Meja makan tempat makan, bukan membuang dari perut anda!
Benar, memang tidak bagus menahan diri dari kentut, namun pergilah ke tempat tersembunyi atau tandas.  Jika sudah ada rasa-rasa senak, minta diri dan segeralah ke tempat yang tidak ada orang dan lepaskanlah seberapa banyak das yang anda mahu!



No comments:

Post a Comment