Thursday, 13 March 2014

Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman





Cara menjaga Kebersihan di kantin sekolah kita ialah:

1. Pastikan kantin kita bersih daripada sampah sarap yang boleh menjadi tempat pembiakan kuman. Buang sampah di tong sampah yang disediakan. Pastikan tidak meninggalkan sisa makanan di atas meja ataupun lantai.

2.Keadaan sekeliling kantin perlulah dibersihkan untuk memastikan agen pembawa penyakit seperti lalat, lipas dan nyamuk tidak membiak.

3. Keadaan longkang atau parit yang tidak dipelihara dengan baik sudah tentu akan menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar. Oleh itu setiap pekerja kantin/ pekerja sekolah sentiasa membersihkan tempat-tempat takungan air dan elakkan membuang sisa buangan ke dalam longkang.

4. Untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, cantik dan harmoni, bolehlah diletakkan pokok bunga yang cantik dan menghijau. 

Semoga semua warga SMKTS dapat menjaga kebersihan

 kantin “ Kafe Selera Selasih” kita.

No comments:

Post a Comment