Pemilihan Makanan Berbungkus
Sebelum
membeli makanan pastikan ia belum tamat tempoh. Makanan berbungkus seperti di
dalam tin, botol, plastik atau kotak perlu diperiksa dengan teliti sebelum
dibeli. Jangan pilih makanan yang tinnya kemek terutama pada kelimnya,
berkarat, mengelembung, retak, tudung yang terbuka, koyak atau kotor. Kebocoran
bungkusan makanan boleh dikenalpasti apabila label atau kelim bungkusan basah,
lembap atau bertompok. Bungkusan yang rosak boleh menyebabkan makan dicemari
oleh bakteria atau bendasing.
Jika
semasa tin dibuka isi kandungannya memancut keluar, jangan gunakan lagi makanan
tersebut. Pemancutan boleh disebabkan oleh pencemaran bakteria. Sebelum
digunakan, periksa isi kandungan tin. Tanda-tanda yang dicurigai adalah seperti
makanan kelihatan berbuih, pekat atau berdadih (curdled), berkulat, berbau
busuk, berbau masam atau seperti telur busuk. Rasa yang dicurigai adalah
apabila rasanya berlainan daripada kebiasaan (off flavour). Makanan hanya boleh
dirasa bila ia kelihatan dan berbau seperti biasa.
Pemilihan Makanan Yang Telah di Masak
Bagi
makanan yang telah dimasak dan sedia untuk dimakan, pilih makanan yang telah
dimasak sempurna, terutama makanan yang mudah tercemar oleh bakteria seperti
ikan, ayam, daging dan telur. Proses memasak bertujuan untuk menambah
kelazatan, memudahkan penghadaman dan juga dapat membunuh bakteria.
Umumnya,
memasak pada suhu didih selama 5 hingga 10 minit telah mencukupi untuk membunuh
bakteria. Tetapi perlu dipastikan semua bahagian makanan yang dimasak terutama
bahagian dalam makanan mencapai kepanasan yang secukupnya (sekurang-kurangnya
73 °C selama 15 saat).
Makanan
yang telah disejukbeku seperti daging, ayam atau ikan, perlu dinyahbeku sengan
sempurna terlebih dahulu sebelum dimasak bagi memastikan kepanasan yang
dikehendaki tercapai kesemua bahagian makanan. Selain itu daging seharusnya
tidak dipotong kepada saiz ketulan yang terlalu besar dan daging mesti dimasak
sempurna. Walau bagaimana pun, toksin yang dihasilkan oleh bakteria seperti Staphylococcus aureus adalah stabil dan tidak musnah melalui proses memasak.
Ciri-ciri
makanan yang dimasak sempurna :
·
Daging
yang telah dimasak kelihatan berwarna coklat di dalamnya.
·
Ayam
yang telah dimasak, mengeluarkan jus yang jernih dan tidak kemerah-kemerahan
apabila dicucuk dengan garpu
·
Isi
ikan akan mudah lekang apabila dikeruk dengan garpu
·
Putih
dan kuning telur akan kelihatan kental dan tidak berair
Keadaan
yang paling baik ialah memakan makanan yang baru dimasak dan masih lagi panas.
Ini boleh mengurangkan risiko termakan makanan yang rosak akibat pencemaran
bakteria. Bakteria mudah membiak pada suhu zon bahaya iaitu diantara 4 °C
hingga 60 °C dimana suhu bilik terletak di dalam lingkungan suhu ini.
Penyimpanan Makanan
Makanan
disebabkan ia amat mudah dicemari oleh bakteria, ia perlu disimpan dengan cara
yang betul terutamanya makanan yang mengandungi air dan protein yang tinggi
seperti ikan, telur, daging, susu segar, ayam, dan makanan yang telah dimasak
dan berkuah. Ini kerana pengyimpanan pada suhu bilik memberikan keadaan yang
amat sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Keadaan ini menyebabkan
makanan menjadi rosak dan basi dengan cepat dan tidak selamat lagi untuk
dimakan.
Bagi
mengelakkan keadaan ini, makanan perlu disimpan pada suhu yang sesuia mengikut
jenis maknan tersebut. Di samping itu, simpan makanan di tempat yang bersih,
tidak terdedah kepada agen-agen pembawa bakteria seperti lipas, lalat dan
tikus. Makanan mentah dan makanan yang telah dimasak tidak boleh disimpan
berdekatan sehingga boleh berlaku pencemaran silang.
Penyimpanan Makanan Mentah
Makanan
seperti ikan, daging dan ayam mentah perlu di simpan di dalam peti sejuk sebaik
sahaja dibeli. Bagi penyimpanan yang kurang daripada 3 hari, makanan-makanan
tersebut boleh disimpan secara dingin di ruangan bekas ikan/daging di dalam
peti sejuk, ia masih mempunyai tempoh penggunaan yang terhad. Ini kerana
pertumbuhan bakteria masih berlaku tetapi pada kadar yang terkawal. Bagi
penyimpanan yang lebih lama, ia mesti disimpan di dalam ruangan sejukbeku (suhu
–18 °C). Pada suhu ini, banyak bakteria yang termusnah semasa proses pembekuan.
Walau
bagaimana pun bagi makanan yang terlalu tinggi kandungan bakterianya, kerosakan
makanan masih tetap terjadi semasa pembekuan walaupun pada kadar yang lebih
perlahan. Pembekuan tidak akan mengembalikan kesegaran makanan yang tercemar
sebelum dibekukan.
Elakkan
menyejukbeku semula makanan yang telah dinyahbekukan. Nyahbeku makanan yang
diperlukan sahaja. Bahagi-bahagikan ikan, ayam dan daging kepada bahagian yang
diperlukan sahaja untuk dimasak, dan simpan di dalam bekas yang berbeza bagi
mengelakkan penyejukbekuan berulang kali. Bahagian yang kecil ini juga membolehkan
makanan disejukbeku dengan cepat.
Telur
hendaklah disimpan di dalam peti sejuk di ruangan pendingin (suhu 0 °C - 4 °C)
untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Pastikan
arahan cara penyimpanan di baca pada label. Misalnya susu segar pasteur perlu disimpan
secara dingin pada suhu antara 0 °C-2 °C manakala suhu UHT tidak perlu disimpan
di dalam peti sejuk tatapi setelah kotaknya dibuka, bakinya hendaklah disimpan
di ruangan pendingin (0 °C-2 °C) dalam peti sejuk dan digunakan dalam masa
seminggu selepas kotak dibuka. Bagi susu dan makanan lain yang memerlukan label
tarikh, pastikan makanan tidak digunakan selepas tamat tempoh.
Sayur-sayuran
dan buah-buahan segar perlu disimpan di dalam ruangan bekas sayur di dalam peti
sejuk. Sayur tidak boleh disimpan di dalam ruangan sejukbeku kerana ini akan
merosakkan tisu sayur dan buah. Sayur-sayuran berdaun hendaklah disimpan di
dalam plastik yang berlubang untuk membenarkan peredaran udara di samping
mengelakkan kehilangan wap air. Jika sayur disimpan dalam bekas yang kedap
udara, ia akan menyebabkan sayur menjadi layu dengan cepat. Bagi sayur-sayuran
berubi, simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari untuk
mengelakkan percambahan.
Makanan
bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam bekas
yang kedap udara bagi mengelakkan daripada infestasi serangga atau tikus dan
disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Periksa selalu bagi memastikan tiada
infestasi kerana ini adalah masalah yang sering berlaku. Bekas makanan ini
hendaklah di letakkan sekurang-kurangnya 18 inci daripada lantai bagi
mengelakkan kontaminasi atau simpan dalam almari yang jauh daripada cahaya
matahari.
Simpan
kacang dalam bekas yang kedap udara dan simpan di ruangan pendingin peti sejuk
untuk melambatkan proses pengoksidaan lemak yang menyebabkan ketengikan. Ikan
kering hendaklah disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Elakkan keadaan yang
mengakibatkan pemeluwapan wap air di permukaan ikan kering.
Penyimpanan Makanan Berkaleng (tin)
Simpan
makanan berkaleng yang belum dibuka di tempat yang sejuk dan kering. Makanan
berkaleng yang telah dibuka mesti disimpan di dalam peti sejuk. Pindahkan
makanan berkaleng selepas dibuka ke dalam bekas lain sebelum disimpan dalam
peti sejuk. Jika dibiarkan di dalam kaleng, isi kandungan akan bertindakbalas
dengan lapisan tin apabila ia terdedah kepada udara.
Makanan
berkaleng tidak sepatutnya disejukbekukan. Sekiranya kaleng dibekukan secara
tidak sengaja dan kemudian dinyahbekukan, periksa bagi tanda-tanda yang dicurigai
terutama kebocoran. Proses pembekuan akan mengakibatkan perubahan di dalam suhu
dan pengembangan pada isi kandungan. Keadaan ini mungkin memberi tekanan pada
kaleng dan merosakkan kelim. Jangan makan isi kandungan di dalam sekiranya
tanda-tanda yang disebutkan tadi kelihatan. Jikan makanan masih baik, gunakan
seberapa segera.
Penyimpanan Makanan Yang Telah Dimasak
Makanan
dimasak yang perlu disimpan lebih daripada 4 jam, pastikan ia disimpan pada
suhu dingin (kurang 4 °C) atau pada suhu melebihi 60 °C. Bakteria dapat membiak
cepat pada suhu zon bahaya. Jika makanan dibiarkan pada suhu ini selama 4 jam
atau lebih, bakteria boleh membiak ke paras yang boleh menyebabkan keracunan
makanan. Walau bagaimanapun elakkan menyimpan makanan yang masih panas di dalam
peti sejuk. Haba daripada makanan panas ini akan meningkatkan suhu di dalam
peti sejukdan membolehkan bakteria membiak.
Makanan
mentah biasanya mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan dan
keracunan makanan. Makanan masak mudah tercemar jika bersentuhan dengan makanan
mentah dan ini mengakibatkan pencemaran silang. Langkah-langkah berikut perlu
diikuti untuk mengelakkan pencemaran silang :-
i.
Simpan
makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruangan yang berbeza di
dalam peti sejuk
ii.
Simpan
makanan masak di atas makanan mentah
iii.
Simpan
semua makanan masak dan makanan mentah di dalam bekas yang bertutup rapat
seperti bekas plastik atau kerjang aluminium untuk mengelakkan kekeringan,
pencemaran dan tumpahan atau titisan serta pertukaran bau.
iv.
Letakkan
makanan mentah yang menitis dalam bekas yang sesuai dan letakkan di tingkat
bawah di ruangan pendingin.
v.
Bersih
dan keringkan semua bekas sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
SUHU MENYIMPAN DAN TEMPOH PENGGUNAAN MAKANAN DI DALAM RUANGAN PENDINGIN
MAKANAN
|
SUHU
MENYIMPAN
|
TEMPOH
PENGGUNAAN
|
Ikan
|
0
°C – 2 °C
|
2
– 3 hari
|
Makanan
laut
|
0
°C – 2 °C
|
2
hari
|
Daging
|
0
°C – 2 °C
|
2
– 3 hari
|
Daging
cincang
|
0
°C – 2 °C
|
2
– 3 hari
|
Ayam
|
0
°C – 2 °C
|
2
hari
|
Sayur
berdaun
|
1°C
– 9°C
|
3
– 5 hari
|
Susu
|
0
°C – 2 °C
|
5
– 7 hari
|
Krim
|
0 °C – 2 °C
|
5 hari
|
Makanan
yang telah dimasak
|
0 °C – 3 °C
|
3 – 4 hari
|
Buah
|
1 °C – 9 °C
|
2 – 7 hari
|
Daging
awet
|
0 °C – 2 °C
|
2 – 3 minggu
|
Jus buah
|
0 °C – 2 °C
|
1 – 2 minggu
|
Mentega
|
0 °C – 4 °C
|
8 minggu
|
Margerin
|
0 °C – 4 °C
|
8 minggu
|
Keju
|
0 °C – 2 °C
|
1 – 3 bulan
|
Marjerin
dan mentega
|
2 °C – 7 °C
|
6 bulan
|
Buah
kering
|
0 °C
|
> 2 tahun
|
Daging
& ikan kering
|
0 °C
|
> 2 tahun
|
TEMPOH
PENGGUNAAN MAKANAN YANG DISIMPAN DALAM RUANG SEJUKBEKU
MAKANAN
BEKU
|
TEMPOH
PENGGUNAAN
|
Daging
|
6 bulan
|
Ayam
|
6 bulan
|
Daging
lembu
|
2 bulan
|
Ikan
tanpa lemak
|
3 bulan
|
Ikan
berlemak
|
2 bulan
|
Makanan
laut
|
3 bulan
|
Roti
|
2 bulan
|
Kentang
goreng
|
6 bulan
|
Buah-buahan
|
6 bulan
|
Sayur-sayuran
|
6 bulan
|
Ais krim
|
2 bulan
|
TEMPOH PENGGUNAAN MAKANAN KERING
MAKANAN KERING
|
TEMPOH PENGGUNAAN
|
Biskut
|
6 minggu
|
Bijirin
sarapan
|
8 minggu
|
Cokelat
|
Tarikh akhir pada label
|
Susu
tepung
|
26 minggu
|
Buah
kering
|
32 minggu
|
Campuran
sup (soup mixers)
|
32 minggu
|
Pasta –
beehoon
|
24 minggu
|
Beras
kilang
|
32 minggu
|
Kerepek
kentang
|
3 minggu
|
Sumber artikal: Kementerian Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment